CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 18, 2008

KOLEKSI BIJAKSANA


.................DI MANA ADA PENGANPUNAN DISITU BANYAK KASIH.................


.................SEMAKIN BANYAK ANDA BERBICARA TENTANG DIRI SENDIRI, SEMAKIN BANYAK PULA KEMUNGKINAN UNTUK ANDA BERBOHONG..........................


...........................JIKA ANDA BERFIKIR TENTANG HARI KELMARIN TANPA RASA PENYESELAN DAN HARI ESOK TANPA RASA TAKUT, BERERTI ANDA SUDAH BERADA DIJALAN YANG BENAR MENUJU KEJAYAAN............................


..............................RASA KEBERSAMAAN SANGAT PERLU DIDALAM MENJAGA HUBUNGAN TIMBAL BALIK...................


.....................SEORANG YANG TERLALU BAIK HATI AKAN TERUS MENGHADAPI PERSOALAN..............


...............AMALAN MEMBAWA KESEMPURNAAN...................


................ANDA CUMA BOLEH HIDUP SEKALI SAHAJA DIDUNIA INI, TETAPI JIKA ANDA HIDUP DENGAN BENAR, SEKALI SAHAJA SUDAH CUKUP........................


...................YANG PERTAMA BELUM TENTU YANG TERBAIK, TETAPI YANG TERBAIK BIASANYA YANG TERAKHIR.................


..........................HARIMAU MATI MENINGGALKAN WARNA BELANGNYA, MANUSIA MATI MENINGGALKAN KESAN DAN PESANANNYA....................


...................PRASANGKA ADALAH ANAK DARI KEBODOHANNYA....................


...............JIKA ANDA TIDAK DAPAT MENJADI ORANG PANDAI, JADILAH ORANG YANG TERBAIK............


...............RASA TAKUT BUKANLAH UNTUK DINIKMATI, TETAPI UNTUK DI HADAPI.............


.......................SEMUA ORANG DAPAT MELAKUKAN APAPUN BILA IA PERCAYA DAN MENGINGINKANNYA. APA YANG MEMBERI KITA KEPASTIAN DALAM HIDUP KITA ADALAH KEBERANIAN..................


LIMA KELEMAHAN PADA SETIAP ORANG:

1. DISAAT SEMBARANGAN, MUDAH MEMBUNUHNYA

2. DISAAT TAKUT MUDAH MENANGKAPNYA.

3. DISAAT MARAH, MUDAH MENGHASUTNYA

4. DISAAT SENSITIF, MUDAH MENJADIKANNYA TERHINA

5. DISAAT EMOSIONAL, MUDAH MEMBUATNYA IA GELISAH.

JANGAN LUPA UNTUK SELALU MEMBERIKANNYA PENGHARGAAN YANG SESUAI KEPADA MEREKA YANG BERPRESTASI, SUPAYA PRESTASI MEREKA TETAP DIPERTAHANKAN DAN MEREKA AKAN SELALU SETIA KEPADA ANDA

KEM TAHUNAN



KEM TAHUNAN SENIOR









SEMASA MARA






Kem tahunan ketiga-tiga peringkat iaitu senior, intermediate dan junior adalah selama dua minggu. Dalam tempoh dua minggu tersebut dibahagi dua iaitu seminggu dikenali sebagai fasa kem manakala satu minggu lagi dikenali sebagai fasa medan. Dalam fasa kem kesemua pegawai kadet ketiga-tiga peringkat akan menduduki ujian. Ujian tersebut meliputi ujian kawad, ujian senjata, dan taktik peperangan sama ada ujian tersebut bertulis mahupun praktikal. Manakala minggu kedua iaitu fasa medan semua pegawai kadet akan mengikuti ujian fasa medan yang bertempat di mana-mana tempat yang di kenalpasti dan sesuai untuk menjalani latihan tersebut. Di fasa medan ini semua pegawai kadet akan menjalani ujian taktik peperangan. Bagi peringkat intermediate dan peringkat senior mereka akan menjalani ujian peperangan terbuka yang meliputi empat fasa iaitu fasa pertahanan, pengunduran, mara dan akhir sekali ialah fasa serangan.


KETIKA SELEPAS SERANGAN



Pada tahun lepas kem tahunan telah di adakan di Sri Iskandar, Perak. Peringkat senior telah membuat kubu pertahanan di sebuah bukit yang di tanami oleh pokok kelapa sawit yang baru berusia lebih kurang dua tahun. Semasa fasa pertahanan iaitu selama empat hari tiga malam. Selama empat hari ini, peringkat senior telah membuat kubu pertahanan. Kubu-kubu yang di gali ini merupakan tempat perlindungan bagi pegawai kadet dari ancaman musuh. Kami di ajar bagai mana untuk melindungi diri dan kubu pertahanan dari di serang oleh pihak musuh. Kami diajar sebagaimana situasi peperangan sebenar. Setiap pegawai kadet telah di bekalkan dengan senjata dagi melindungi diri dan anggota pasukan yang lain. Selama empat hari dikubu pertahanan telah banyak mengajar dan menguji ketahanan diri setiap pegawai kadet dalam mengharunginya. Dengan cuaca yang agak panas serta tidak mempunyai perlindungan dari panas yang terik kerana pokok kelapa sawit yang masih kecil, disamping kurang bekalan air. Semua pegawai kadet terpaksa berjimat cermat penggunaan air untuk minum dan untuk kegunaan lain.






Selama empat hari di kubu pertahanan telah banyak menguji ketahanan mental dan fizikal setiap pegawai kadet. Hal ini kerana suasana yang tidak selesa dengan ketiadaan air dan dengan keadaan cuaca yang yang sangat panas. Dengan semangat yang ada pada setiap pegawai kadet semua halangan-halangan yang datang dapat juga di atasi. Di samping semangat yang diberikan oleh skuad-skuad lain menyebabkan perkara yang sukar menjadi senang. Ketika inilah kami dapat mengenali kawan-kawan kita yang sanggup susah dan senang bersama-sama, dan ada juga yang mementingkan diri sendiri dengan tidak menolong kawan yang dalam kesusahan, hal ini kerana masing-masing penat dan tak cukup tidur.
Selepas fasa pertahanan empat hari, diikuti pula dengan fasa pengunduran iaitu selama satu hari. Fasa pengunduran iaitu semua pegawai kadet terpaksa meninggalkan kawasan tersebut kerana telah di serang oleh pihak musuh. Pihak musuh telah menawan kubu pertahanan dan menyebabkan kami berundur ketempat yang lebih selamat.
Selepas fasa pengunduran diikuti pula fasa mara. Fasa mara merupakan fasa yang paling mencabar kerana terpaksa membersihkan kawasan-kawasan yang dikenalpasti tempat persembunyian musuh. Tujuan mara dijalankan adalah untuk menawan kembali kubu pertahanan yang dirampas oleh pihak musuh. Fasa mara telah dijalankan selama dua hari.









Fasa terakhir ialah fasa serangan. Fasa serangan ini merupakan fasa yang terakhir untuk menawan kembali kubu pertahanan yang telah ditawan oleh pihak musuh. Sebelum menyerang kubu pertahanan tersebut, perkara-perkara penting patut di kenalpasti bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diinginkan. Sebelum itu, ketua platun dan beberapa orang anggota lain perlu membuat tinjauan dahulu untuk mengenalpasti kekuatan musuh serta kelemahan-kelemahan musuh. Semasa ketua platun pergi membuat tinjauan dengan beberapa anggota yang lain, sarjan dan beberapa anggota yang lain perlu membuat model, bagi ketua platun untuk membaca perintah serangan yang akan dilakukan pada masa yang ditetapkan. Biasanya pada malam untuk melakukan serangan semua anggota tidak dibenarkan tidur dan perlu bersiap sedia dengan peralatan yang hendak dibawa untuk serangan tersebut.








Friday, March 14, 2008

TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM




TOKOH ILMUAN ISLAM
Barang siapa yang menekuni ilmu kimia maka ia harus melakukan ujikaji, pengetahuan apa pun tidak mungkin diperolehi kecuali dengan ujikaji
..........Jabir bin Hayyan...............
Tidak ada yang boleh mengatasi keraguan-keraguan kecuali kebenaran. segala sesuatu yang kosong dari kebenaran, pasti salah..
............Abu Hanifah Al-Dinuri................
Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar. Kemuadian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkan ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya...
....................Abu Hamid Al Ghazali..................
Lakukan tiga hal berikut ini ketika anda makan, Gembira ketika makan bersama-sama sahabat-sahabat anda, lahap ketika makan dengan fakir miskin dan menjaga diri ketika makan dengan orang kaya
.......Imam Ahmad Bin Hambal...........
Buku adalah sesuatu yang apabila anda membacanya, makin banyaklah kekayaan anda, makin kuat lah keperibadian anda, makin kukuh jiwaraga anda, makin kaya perbendaharaan anda, serta menjanjikan penghargaan masyarakat umum dan persahabatan dengan para raja.
.................Abu Amr Al-Jahizh..........
Bagi para pendidik, hendaknya ia menghindarkan murid-muridnya dari pendidikan yang meruntuhkan akhlak dan menyelewengkan mereka dari tradisi, melalui jalan bimbingan dan penyuluhan, usapan dan belaian, dorongan dan cegahan, pujian dan menakut-nakutkan apabila hal itu dipandang....
................Ibnu Sina.............

SENTIASA MEMIMPIN
Wahai siswa dan siswi
Sahut seruan ini
Curahkan Jasa dan bakti
Pada ibu pertiwi
Berjuang dengan kerelaan
Semangat Kental semadikan
Sentiasa memimpin
Jadikan wawasan
Majulah-majulah
PALAPES terus maju
Sumbangkan Bakti mu dengan ikhlas
berinovasi dan berteknologi
Usaha penuh dedikasi
Berdoa pada tuhan
Disiplin asas pegangan
Usaha tak kenal kepenatan
Tujulah kearah Kejayaan
Tujulah kearah kejayaan

Wednesday, March 12, 2008

LIRIK LAGU


TENTERA BENTENG PERTAHANAN NEGARA


Kamilah Angkatan Tentera Malaysia

Yang Taat Dan Setia

Sanggup Berkorban Walau Apa Sahaja

Untuk Negara Dan Bangsa

Tentera Benteng Pertahanan Negara

Tentera Lambang Perkasa

Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Pantang Undur Tetap Mara

Darat Laut Dan Juga Udara

Sentiasa Terpelihara

Membujur Lalu Melintang Patah

Harapan Musuh Di Musnah

Tentera Benteng Pertahanan Negara

Tentera Lambang Perkasa

Biar Putih Tulang Jangan Putuh Mata

Pantang Undur Tetap Mara...


TENTERA DARAT MALAYSIA


Gagah dan Setia

Tabah dan Perkasa

Itulah Cogan Kata

Tentera Darat Malaysia


Gempur-Gempur Wira

Maju-Maju Mara

Rela Berkorban Jiwa

Untuk Negara Dan Bangsa


Hutan Rimba Lembah Desa

Memburu Musuh Durjana

Tidak Gentar Mara Bahaya

Pantang Undur Tetap Mara


Gempur Wira Bergelora

Semangat Untuk Perwira

Jasad Mungkin Gugur Di Rimba

Kami Tetap Gagah Setia


Gempur-Gempur Wira Maju-Maju mara

Rela Berkorban Jiwa

Untuk Negara Dan Bangsa


REJIMEN ASKAR WATANIAH


Ini Satu Harapan

Barisan Sukarelawan

Penuh Semangat Dan Keyakinan

Berdiri Sebagai Pahlawan


Mari Muda Dan Mudi

Menyahut Seruan Pertiwi

Tak Kira Keturunan Atau Bangsa

Berkhidmat Dengan Bangganya


Kamilah Sukarelawan

Dan Juga Sukarelawati

Kami Rela Berhadapan

Berundur Tak Sekali-Kali


Ini Azam Dan Janji

Menjadi Satu Sumpahan Kami

Taat Dan Bersedia Setiap Masa

Berkhidmat Untuk Negara



ni aku la.......


Wednesday, March 5, 2008

Ahli-Ahli Fikir Dan Tokoh-Tokoh Dunia

Hidup ini tidak berguna jika tidak ditujukan kepada cita-cita luhur
.......Jose Rizal.......
Tidak ada yang mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba
......Iskandar Dzulkarnain........
Jangan sesekali membuang masa untuk berfikir tentang orang yang anda tidak suka
.......Eisenhower......
Jangan lah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan berputus asa, berjuanglah terus dalam keadaan berputus asa
.........Edmund Burke......
Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah
......Cyrus......
Makin bijaksana seseorang, makin bijaklah dia menjaga mulutnya
.....Couwie Joan.......
DEngan kemahuan yang keras dan tekad yang bulat, pasti dapat
.......Darwin......