Tuesday, March 18, 2008
KOLEKSI BIJAKSANA
Posted by ayu_rotu at 6:24 AM 2 comments
KEM TAHUNAN
KETIKA SELEPAS SERANGAN
Selepas fasa pertahanan empat hari, diikuti pula dengan fasa pengunduran iaitu selama satu hari. Fasa pengunduran iaitu semua pegawai kadet terpaksa meninggalkan kawasan tersebut kerana telah di serang oleh pihak musuh. Pihak musuh telah menawan kubu pertahanan dan menyebabkan kami berundur ketempat yang lebih selamat.
Selepas fasa pengunduran diikuti pula fasa mara. Fasa mara merupakan fasa yang paling mencabar kerana terpaksa membersihkan kawasan-kawasan yang dikenalpasti tempat persembunyian musuh. Tujuan mara dijalankan adalah untuk menawan kembali kubu pertahanan yang dirampas oleh pihak musuh. Fasa mara telah dijalankan selama dua hari.
Posted by ayu_rotu at 5:22 AM 1 comments
Friday, March 14, 2008
TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM
Posted by ayu_rotu at 12:41 AM 1 comments
Posted by ayu_rotu at 12:27 AM 1 comments
Wednesday, March 12, 2008
LIRIK LAGU
Posted by ayu_rotu at 6:04 AM 4 comments
Wednesday, March 5, 2008
Ahli-Ahli Fikir Dan Tokoh-Tokoh Dunia
Tidak ada yang mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba
Jangan sesekali membuang masa untuk berfikir tentang orang yang anda tidak suka
Jangan lah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan berputus asa, berjuanglah terus dalam keadaan berputus asa
Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah
Makin bijaksana seseorang, makin bijaklah dia menjaga mulutnya
DEngan kemahuan yang keras dan tekad yang bulat, pasti dapat
Posted by ayu_rotu at 3:34 AM 0 comments
aku dan kawan-kawan
Ni adalah gambar aku dan kawan-kawan aku semasa latihan kat Kem Gemas. gambar ni di ambil semasa aku sedang menjalani latihan berterusan selama satu minggu, iaitu ketika cuti pertengahan semesta. Banyak pengalaman yang telah aku perolehi daripada mengikuti latihan menembak kat sana. Aku sangat bertuah kerana dapat menyertai pasukan latihan pegawai simpanan, banyak benda yang aku belajar dan aku perolehi selama menyertainya. Salah satu daripadanya ialah aktiviti menembak. Pada mulanya aku rasa macam tak percaya yang aku dapat mengikuti latihan menembak ini, kerana aku takut akan bunyi-bunyi yang kuat yang terhasil akibat daripada tembakan tersebut. Tapi alhamdulillah kerana aku dapat mengatasi rasa takut tersebut. Bermacam-macam jenis senjata yang telah aku kendalikan antaranya ialah M16, Mortar 60mm, LMG, MGKA, Carl Gustav Bom tangan, pistol dan bagaimana untuk meletupkan periuk api.....
Posted by ayu_rotu at 2:59 AM 0 comments
Tuesday, March 4, 2008
Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinan kamu. Seorang ketua adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya. seorang lelaki adalah pemimpin terhadap ahlinya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpin. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap tugasnya. Semua adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin.
.........Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.........
Posted by ayu_rotu at 7:23 AM 0 comments
Hak Orang Islam
Posted by ayu_rotu at 6:00 AM 0 comments
Labels: hak orang islam