CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

aku dan kawan-kawan

Ni adalah gambar aku dan kawan-kawan aku semasa latihan kat Kem Gemas. gambar ni di ambil semasa aku sedang menjalani latihan berterusan selama satu minggu, iaitu ketika cuti pertengahan semesta. Banyak pengalaman yang telah aku perolehi daripada mengikuti latihan menembak kat sana. Aku sangat bertuah kerana dapat menyertai pasukan latihan pegawai simpanan, banyak benda yang aku belajar dan aku perolehi selama menyertainya. Salah satu daripadanya ialah aktiviti menembak. Pada mulanya aku rasa macam tak percaya yang aku dapat mengikuti latihan menembak ini, kerana aku takut akan bunyi-bunyi yang kuat yang terhasil akibat daripada tembakan tersebut. Tapi alhamdulillah kerana aku dapat mengatasi rasa takut tersebut. Bermacam-macam jenis senjata yang telah aku kendalikan antaranya ialah M16, Mortar 60mm, LMG, MGKA, Carl Gustav Bom tangan, pistol dan bagaimana untuk meletupkan periuk api.....

0 comments: