CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 18, 2008

KEM TAHUNAN



KEM TAHUNAN SENIOR









SEMASA MARA






Kem tahunan ketiga-tiga peringkat iaitu senior, intermediate dan junior adalah selama dua minggu. Dalam tempoh dua minggu tersebut dibahagi dua iaitu seminggu dikenali sebagai fasa kem manakala satu minggu lagi dikenali sebagai fasa medan. Dalam fasa kem kesemua pegawai kadet ketiga-tiga peringkat akan menduduki ujian. Ujian tersebut meliputi ujian kawad, ujian senjata, dan taktik peperangan sama ada ujian tersebut bertulis mahupun praktikal. Manakala minggu kedua iaitu fasa medan semua pegawai kadet akan mengikuti ujian fasa medan yang bertempat di mana-mana tempat yang di kenalpasti dan sesuai untuk menjalani latihan tersebut. Di fasa medan ini semua pegawai kadet akan menjalani ujian taktik peperangan. Bagi peringkat intermediate dan peringkat senior mereka akan menjalani ujian peperangan terbuka yang meliputi empat fasa iaitu fasa pertahanan, pengunduran, mara dan akhir sekali ialah fasa serangan.


KETIKA SELEPAS SERANGAN



Pada tahun lepas kem tahunan telah di adakan di Sri Iskandar, Perak. Peringkat senior telah membuat kubu pertahanan di sebuah bukit yang di tanami oleh pokok kelapa sawit yang baru berusia lebih kurang dua tahun. Semasa fasa pertahanan iaitu selama empat hari tiga malam. Selama empat hari ini, peringkat senior telah membuat kubu pertahanan. Kubu-kubu yang di gali ini merupakan tempat perlindungan bagi pegawai kadet dari ancaman musuh. Kami di ajar bagai mana untuk melindungi diri dan kubu pertahanan dari di serang oleh pihak musuh. Kami diajar sebagaimana situasi peperangan sebenar. Setiap pegawai kadet telah di bekalkan dengan senjata dagi melindungi diri dan anggota pasukan yang lain. Selama empat hari dikubu pertahanan telah banyak mengajar dan menguji ketahanan diri setiap pegawai kadet dalam mengharunginya. Dengan cuaca yang agak panas serta tidak mempunyai perlindungan dari panas yang terik kerana pokok kelapa sawit yang masih kecil, disamping kurang bekalan air. Semua pegawai kadet terpaksa berjimat cermat penggunaan air untuk minum dan untuk kegunaan lain.






Selama empat hari di kubu pertahanan telah banyak menguji ketahanan mental dan fizikal setiap pegawai kadet. Hal ini kerana suasana yang tidak selesa dengan ketiadaan air dan dengan keadaan cuaca yang yang sangat panas. Dengan semangat yang ada pada setiap pegawai kadet semua halangan-halangan yang datang dapat juga di atasi. Di samping semangat yang diberikan oleh skuad-skuad lain menyebabkan perkara yang sukar menjadi senang. Ketika inilah kami dapat mengenali kawan-kawan kita yang sanggup susah dan senang bersama-sama, dan ada juga yang mementingkan diri sendiri dengan tidak menolong kawan yang dalam kesusahan, hal ini kerana masing-masing penat dan tak cukup tidur.
Selepas fasa pertahanan empat hari, diikuti pula dengan fasa pengunduran iaitu selama satu hari. Fasa pengunduran iaitu semua pegawai kadet terpaksa meninggalkan kawasan tersebut kerana telah di serang oleh pihak musuh. Pihak musuh telah menawan kubu pertahanan dan menyebabkan kami berundur ketempat yang lebih selamat.
Selepas fasa pengunduran diikuti pula fasa mara. Fasa mara merupakan fasa yang paling mencabar kerana terpaksa membersihkan kawasan-kawasan yang dikenalpasti tempat persembunyian musuh. Tujuan mara dijalankan adalah untuk menawan kembali kubu pertahanan yang dirampas oleh pihak musuh. Fasa mara telah dijalankan selama dua hari.









Fasa terakhir ialah fasa serangan. Fasa serangan ini merupakan fasa yang terakhir untuk menawan kembali kubu pertahanan yang telah ditawan oleh pihak musuh. Sebelum menyerang kubu pertahanan tersebut, perkara-perkara penting patut di kenalpasti bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diinginkan. Sebelum itu, ketua platun dan beberapa orang anggota lain perlu membuat tinjauan dahulu untuk mengenalpasti kekuatan musuh serta kelemahan-kelemahan musuh. Semasa ketua platun pergi membuat tinjauan dengan beberapa anggota yang lain, sarjan dan beberapa anggota yang lain perlu membuat model, bagi ketua platun untuk membaca perintah serangan yang akan dilakukan pada masa yang ditetapkan. Biasanya pada malam untuk melakukan serangan semua anggota tidak dibenarkan tidur dan perlu bersiap sedia dengan peralatan yang hendak dibawa untuk serangan tersebut.








1 comments:

ismakuzy said...

perghh!!!
bravo,best lah awk ni....
ni mesti banyak main tembak-tembak